Friday, March 22, 2013

Cinta dalam diam seorang pelajar yang bertahan lama


Pada umur 13,seorang pemuda yang masih lagi mentah terhadap alam remaja melalui saat-saat yang sukar untuk mengenali pelajar-pelajar yang tidak dikenali di sekelilingnya.Dia sengaja tidak memilih untuk bersekolah di sekolah-sekolah yang mempunyai ramai kawan baiknya,sebaliknya memilih sekolah yang terkenal dengan pelajar-pelajar yang 'Samseng'.Dia telah mendengar banyak cerita yang tersebar mengenai sekolah itu.Namun,dia tetap komitmen terhadap keputusannya hanya untuk memisahkan dirinya daripada rakan-rakan baiknya dan memulakan kehidupan didalam komuniti yang tidak mempunyai seorang kenalannya pun.

Setelah beberapa hari berlalu,malahan beranjak dari minggu ke minggu.Dia telah membiasakan dirinya dalam komuniti yang dikatakan 'Samseng' oleh orang lain.Dia menyedari bahawa,sekolah tersebut sememangnya ada keganasan yang berlaku,tapi tak seperti yang diperkatakan.Dia melihat bahawa ramai pelajar saling bersaing dari segi sukan dan pembelajaran.Meskipun dirinya yang berketurunan cina kacukan indonesia,dia bukanlah seorang yang terkenal ataupun dikenali ramai oleh kerana bilangan pelajar yang berbangsa cina sangat sedikit di sekolah itu.

Pada suatu petang,dia berjalan-jalan di sekitar sekolah itu bersama kenalan barunya.Dalam 'Rondaan tidak rasmi'nya itu,dia asyik terdengar akan nama seorang pelajar yang dibual-bualkan oleh pelajar-pelajar lelaki di sesi petang itu.Pada asalnya,dia hanya tertawa dengan perkara itu yang terus dijadikan bahan cerita pelajar lelaki.

Keesokan harinya,seperti biasa dia datang ke sekolah dan menaiki blok akademik bersama rakan sekelasnya sambil menunggu pelajar senior mengakhiri pelajaran pada pukul 12.30 petang.Tiba-tiba,dia menanyakan kepada rakannya mengenai gadis tersebut.Pelbagai soalan ditanya,antaranya "Siapakah budak perempuan itu?","Kenapa ramai pelajar lelaki asyik menyebut-nyebut namanya?" dan banyak lagi soalan dilontarkan.Setelah banyak persoalan telah dikemukakan,tiba saatnya dia meminta rakannya menunjukkan kepadanya gadis yang misteri itu.Dari bangunan yang nan tinggi sehingga mampu melihat seluruh kawasan sekolah,rakannya itu memberitahu bahawa gadis yang duduk di bangku lorong menunggu berhampiran kolam ikan itu adalah pelajar yang sering menjadi pertanyaan bagi dia.

Dalam keadaan yang panas,dia melihat bahawa gadis tersebut sememangnya memukau dirinya.Tetapi dia menyedari dirinya yang serba kekurangan,dan merasa tidak layak untuk gadis tersebut.

Setelah meningkat umur dan menjadi calon PMR,dia masih menaruh minat terhadap gadis itu dan menyukai gadis misteri itu didalam diam.Telah dua tahun dia mencuba berkomunikasi dan menyapa gadis itu melalui laman sesawang yang terkenal iaitu "FACEBOOK" namun dia berasa sukar untuk dia mengeluarkan sepatah ayat dari mulutnya.
Pada malam yang penuh dengan bunyi-bunyian cengkerik dan serangga-serangga kecil yang lain,dia membuka "Profile"nya di laman muka buku (Facebook).Dan terlihat beberapa profil singkat rakan-rakan yang belum ditambah sebagai rakan Facebook ditepi profilnya.

Berbalik pada cerita.
Setelah beberapa hari,permintaanya untuk menjadi rakan Facebook dengan seorang "kakak" yang tua setahun darinya telah disahkan.Dia berbual-bual dengan "Kakak" tersebut memelalui "Facebook Chat" dan meminta nombor telefonnya agar memudahkannya berkomunikasi ketika "offline".Beberapa hari kemudian,dia meminta agar "kakak" tersebut bertukar gelaran kepada "kakak angkat" seperti yang biasa dilakukan oleh remaja zaman kini.

Pada hari bermulanya peperiksaan yang sememangnya menjadi ketakutan ramai calon PMR,dia sering bertembung dengan gadis yang diminatinya itu.Dan pada hari terakhir ujian besar itu,dia sempat merenung gadis itu dari jauh yang sedang mengulang kaji sebelum ujian bermula.Setelah selesai menghadapi masa-masa yang sukar bagi seorang bergelar pelajar,dia pun berjalan bersama-sama rakannya untuk pulang ke rumah.Dalam perjalanannya melalui lorong kaki lima berhampiran gelanggang tenis,dia bertembung sekali lagi dengan gadis tersebut dan gadis itu memanggil namanya dan menyapa dirinya.Tiba-tiba tekanan daripada peperiksaan terus hilang begitu sahaja.Kegembiraan mengiringi dirinya sehingga tiba dirumahnya.

Diwaktu berumur 16 tahun,dia sempat menjadi teman sekelas selama sebulan dengan gadis itu.Dia mengetahui gred yang telah dicapai oleh gadis itu,dan dia berasa terkejut bahawa gred yang dicapai hanya bertebalik dengan grednya sendiri.Keesokan harinya,dia terdengar maklumat daripada "Adik angkat"nya bahawa gadis itu akan berpindah ke sekolah lain.Kekecewaan dan perasaan ingin putus ada diluahkan melalui doanya kepada Tuhan,dan sempat mengatakan:"Jika Tuhan menghendaki,dan jika dia adalah tulang rusuk ku yang telah lama hilang,janganlah pisahkan ku daripadanya".

Beberapa hari kemudian,dia mendengar khabar bahwa gadis tersebut tidak jadi berpindah dan akan terus berada di sekolah itu,tetapi dia akan berpindah ke kelas yang lain.Hatinya tidak peduli jika gadis itu berpindah ke kelas yang lain,asalkan dia mampu berjumpa lagi dengan gadis yang diminatinya itu...

Hari demi hari,minggu demi minggu berlalu.Dia membuat pesanan ringkas dengan "Kakak angkat" yang biasa diajak berbual dengannya.Dia menceritakan isi hatinya terhadap gadis yang diminatinya kepada "kakak angkat"nya.Tanpa diketahui,gadis yang diceritakan adalah kawan rapat terhadap "kakak angkat"nya.

Gadis itu,semakin hari seperti semakin rapat kepada Dia,dan gadis itu kekadang bertegur sapa dengan Dia.
Walaupun dia merasakan bahawa dia semakin rapat terhadap gadis itu,sikapnya yang pemalu masih lagi menguasai dirinya.

Umur semakin meningkat,dan fikiran menjadi semakin matang seperti seharusnya berlaku terhadap setiap remaja dan kini dia telah berumur 17 tahun.Tidak disangka,bahawa telah 4 tahun lebih,hatinya tidak pernah berubah terhadap gadis itu.Dia sering mendapatkan nasihat dan kata-kata semangat daripada "kakak angkat"nya dan ada kalanya mereka bergurau senda mengenai gadis tersebut.Dalam perbualan mereka,muncullah perkataan "Doctor" yang menjadi gelaran gadis itu kerana gadis tersebut memakai cermin mata dan mempunya personaliti seperti doktor.Hatinya sering berdegup kencang ketika bertembung gadis itu.

Lama-kelamaan,hatinya seperti mula bergoncang dan tawar hati serta ingin berputus-asa untuk memikat dan mengenali gadis itu lebih dalam lagi.Namun,"kakak angkat"nya memberikan kata-kata semangat kepada dia secara berterusan.Walaupun telah banyak perkara yang dihadapinya,perasaan cintanya tetap dipertahankannya disamping mendapat 'Ubat penawar' iaitu kata-kata yang memberangsangkan dirinya daripada 'kakak angkat'nya.

Persoalannya,mampukan lelaki ini mempertahan cintanya yang tidak diketahui oleh gadis tersebut?mampukah lelaki ini meluahkan perasaannya terhadap gadis itu?atau dapatkah gadis itu mengetahui cinta yang disembunyikan lelaki itu terhadapnya?

*Ketahuilah,Ada individu yang sanggup menitiskan air mata hanya kerana tidak ingin kehilangan anda di dalam diam.Kekadang anda merasa diri anda seperti tidak ada seorang pun yang menyayangi,menghargai dan mendoakan keselematan serta kebahagian anda.Namun tanpa diketahui oleh anda,ada lelaki yang mempunyai perasaan mendalam terhadap anda,dan sering mengingati anda di mana sahaja lelaki itu berada.

Sekian..

No comments:

Post a Comment